assalamualaikum, kawan-kawan!
sihat tak?
hari ini saya nak bercerita tentang HATI...
apa itu hati?
hati adalah sejenis organ di dalam tubuh badan kita...
ia adalah kurniaan Allah yang amat bernilai...
kenapa???
ha, pasti kawan-kawan tertanya-tanya, bukan?
hahaha, begini...
biarkan saya terangkan melalui sebuah sajak yang saya karang sendiri...
ececeh...
hati....
kecil tapi bererti
mampu mencipta pemikiran palsu
menentang amal maaruf
menyokong amal mungkar
hati...
kecil tapi bermakna
tanpanya
rasa cinta, rindu dan dendam
tak mungkin tercipta
tanpanya
kita takkan kenal erti belas dan kasih
erti mahu dan malu
erti sejuta rasa
hati...
kadang membenci
menjadikan manusia seteru
menjadikan perpisahan tercipta...
hati...
ajari ia tentang cinta
pada yang Esa
agar kau dan aku menjadi
para penghuni syurga...
waa, caya tak?
hahaha, itulah kawan-kawan...
hati, makhluk Allah yang degil tapi bisa dilembutkan...
sebagai tuan hati-hati tersebut...
kitalah yang patut membimbingnya andai hati itu khilaf
sirna pada cahaya pengharapan dan iman.
ada faham kah?
hahaha, that's all...
assalamualaikum...
by: nur umi umairah
hati?
01:21 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment